CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

FACEBOOK

facebook

hai hai.

tau takk apaa menatang ni ? alaa yg title atas tuuu. siapa berani berani cakap taaak tahu kasut converse kulit warna hitam bersize 6 diaa makan buat dinner kang confirm kenyang setahun ! haha


aku nak cakap , yang suma orang sekarang ni macam wajib adaa facebook atau lebih diketahui masyarakat umum sebagai MUKABUKU.


contohnya yaa aku ambil macam dekat sini , kat puncak ni haa . dari sebandar bandar manusia ke sekampung kampung manusia mesti adaa facebook . cuba laa tanya diaorg , kalau yg jawab takde tuu mungkin kampung dia takde perkhidmatan internet . tp tak semestinyaa , sekarang broadband maxis adaa , celcom adaa , digi pun adaa apaa masalah nak guna broadband ? kan kann


oke contoh seterusnyaa , ahli keluarga aku hehe. dari setua tua mereka ke semuda mudanyaaa semua aa senang cite ada facebook . lepas ni boleh buat Haji Samad and Family's Group ! hahaha . yang aku perasan yang takde cuma tok bak , tok mak , pak long dgn MAK AKUUU jea takde facebook . hahaha


kenapa mak aku takde facebook ? berani berani kauorang cakap dia buta IT karang dapat penerajang sekor sekor . bro , mak aku memang laa orang business , yang ramai kata patut adaa sebuah facebook. err sebuah ke ? habis takkan sebiji pulaa ? seekor ? haa setandan ! (otak kauuu merepek)


ehh oke oke , berbalik pada mak aku. bro , mak aku adalah seorang yg busy , seorang suri rumah tangga , seorang ibu . ibu yang kena jaga 2 orang anak anak kesayangannyaa ni (mak sayang aku lebihh, hehe) walaupun 2 orang anaknyaaa buas buas belaka  , tapi tanggungjawab tak lepas lagi . ditambah dengan anak yang dlm perut . ditambah lagi dengan anak anak tambahan diaa lagi 2 ekor . err ekor ? buah ? 


kongklusinyaaa , mak aku memang seorang yang busy . dia , ehh beliau dah laa tak menggunakan perkhidmatan bibik . sorang sorang terkejar sana sini , kau ingat dia ada masa nak duduk menghadap laptop sambil main farmville ? chat dengan orang lain , sambil update status ? takde masa bhaii . 


tp kadang kadang adaa gak aku tnguk dia ngadap laptop , beria-ia niii . aku ingatkan buat kerja , rupanyaa main game online. pfffttt. mana mak aku belajar main game online niii ?! sape yang bertanggungjawab mengajar beliau ? tp mak gua memang STRONG ! 


jap , apasal updated blog pasal mama lebih lebih ni ? siap puji puji lagi , nak wasiat lebih laa ni (takde kena mengena ahaha)


aku tau laa semua orang nak menyahut seruan kerajaan , ehh seruan PM supaya berteknologi sikitt . ada facebook sumaa , tapi tahukah anda semuaaaaaa sesungguhnya facebook ni MELALAIKAN ! 


ada yang sanggup solat lambat semata mata layan facebook , ada yang sanggup bersengkang mata sebab layan facebook . adaaa yang sanggup tinggal buku atas meja study , facebook punya pasal . (no offense , ni sumaa aku cakap pasal akuu haha. tapi ni sumaa perangai duluu , sekarang dah berubah) tak dinafikan, aku dulu obsess laa juga dengan facebook ni , tapi sekarang tidak lagi , setelah menggunakan krim pencerah muka , muka saya lebih cantik dan berseri (hoiiiii , sape kacau aku ni ?) 


tapi gua berbual serious ni , jangan laa taksub sangat dengan facebook tuu . tak mendatangkan faedah punn. lagi menjahanamkan korang adalahh. kay ;)